• cikguassaadah@gmail.com

Pembayaran dan Penghantaran

PEMBAYARAN

  • Buat masa ini, pihak kami hanya menerima pembayaran melalui saluran Toyyibpay sahaja. Pihak Toyyibpay mengenakan caj pengurusan sebanyak RM1 untuk setiap transaksi yang akan dicaj terus semasa proses pembayaran.
  •  
  • Bagi menjimatkan bayaran caj pengurusan Toyyibpay, pengguna amat digalakkan untuk mengumpulkan item-item pembelian sebelum membuat pembayaran kerana caj pengurusan dikenakan secara per-transaksi.
  •  
  • Selepas pesanan disahkan, pelanggan akan menerima emel pengesahan pembayaran secara serta-merta dari pihak Toyyibpay.

 

 

PENGHANTARAN

Pihak kami akan menghantar emel yang mengandungi pautan (link) untuk muatturun (download) bahan PDF yang dibeli ke alamat emel yang berdaftar, atau alamat emel yang dimasukkan semasa proses pembayaran (checkout). Walaubagaimanapun, emel berkenaan mungkin akan sedikit lewat memandangkan buat masa ini sistem yang dibekalkan oleh vendor memerlukan proses pengesahan oleh pentadbir laman Cikgu Assaadah sebelum emel dihantar.

 

Cikgu Assaadah memberi jaminan emel pautan muatturun akan dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam atau pelanggan boleh menuntut bayaran dikembalikan sepenuhnya (tidak termasuk caj pengurusan Toyyibpay) dan pelanggan akan tetap menerima pautan muatturun berkenaan.

 

Memandangkan kebanyakan sistem emel mungkin menapis emel yang dihantar oleh pihak Cikgu Assaadah, pelanggan dinasihatkan untuk menyemak folder "SPAM" atau "JUNK" di dalam emel masing-masing.

 

Pautan yang dihantar hanya sah untuk digunakan selama 30 hari. Pelanggan dinasihatkan untuk memuatturun semua fail dengan segera bagi mengelakkan masalah akibat pautan yang tamat tempoh.

 

Buat masa ini Cikgu Assaadah hanya menjual barangan secara digital sahaja (terutamanya dalam format PDF) dan tiada barangan fizikal akan dihantar. Untuk pembelian bahan bercetak (sekiranya ada), sila lawati kedai Shopee Cikgu Assaadah.